Pantun Melayu Zaman dulu
Pantun adalah salah satu bentuk puisi lisan Melayu dan cabang kesusteraan Melayu yang paling tua . Pantun dikatakan mula dicipta oleh orang Melayu untuk menyampaikan mesej perasaan hati seperti contoh merasa sedih kerana duduk berdagang di perantauan, mengenangkan untung nasib yang malang dan bersuka ria. Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, mungkin sudah berligar-ligar dalam bentuk kias-ibarat, usik-mengusik, uji-menguji di kalangan masyarakat pra-moden, pra-tulisan, sama seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa bersirat yang lain. Telur itik di Senggora, Pandan terletak di langkahi; Darahnya titik di Singapura, Badannya terhantar di Langkawi. Cau Pandan anak Bubunnya Hendak pergi menyerang Melaka Ada cincin berisi bunga Bunga berladung si air mata. Kota Pahang dimakan api, Antara Jati dengan Bentan; Bukan kularang kamu berlaki, Bukan begitu perjanjian. Ketua-ketua raja duduk Jangan ditimpa papan; Diketahui ganja i...